Monday, December 1, 2008
Monday, November 3, 2008
Last Moment As A UTP Student
Wednesday, October 29, 2008
Good to be back

Last week was quite a hectic days.So many things happened. Assignment,project and etc. But there is one thing yg aku nak share which is the ESQ way 165. Alhamdulillah Allah gerakkan hati aku to join this training. Actually aku penah dengar pasal ESQ ni kat dalam MHI TV3. So when it came to UTP aku sgt2 la nak tau ape sebenarnya ESQ ni.sebelom ni kita penah dengar pasal IQ dan EQ tapi ESQ menekankan kepada aspect spiritual.Founded by DR Ari Ginanjar Agustian penyampaian dan pendekatan dia mmg totally different.
Training ni mengajar kite ape sebenarnya erti kehidupan kita, kemana tujuan hidup kita dan bagai mana kita menjalani kehidupan sebagai hamba Allah. A combination of scientific and islamic approach, konsep ESQ ni mmg sgt2 berguna.Susah nak terangkan perasaan melalui training ni it just u have to feel it ur self.So aku mmg suggest2 la sesapa yg ade niat nak g just go.Experience the beauty of Islam inside this training.kat sini ade gambar2 sket waktu kat training tu but sorry because quality not so good.guna my hp camera NOkia 2.0 mega pixel je.
Tuesday, July 15, 2008
Debat:Kenapa Menteri Penerangan gagal?
1)Tidak profesional kerana menyerang peribadi yg tidak berkaitan dgn tajuk debat.
2)Tidak menjawab soalan yg dikemukakan oleh wakil siasah.
3)Tidak memahami skop oil and gas business.
4)Tidak memahami konsep pengurusan Petronas.(Keuntungan Petronas adalah hasil keuntungan anak2 syarikatnya).
5)Tidak menjawab hujah yg dikemukan oleh DSAI berkaitan cara minyak boleh diturunkan.
Walau bagaimanapun syabas diucapkan kepada menteri kerana ada keberanian untuk berdebat tidak seperti pemimpin2 lain yg lebih senior.Teringat kata sorang pak menteri, "saya pantang dicabar".Tapi bila dicabar berdebat terus lari.
Monday, July 7, 2008
Protest Dalam PROTEST
Lepas zohor dapat arahan balik.mmg x berbaloi protest kali ni.Dah la penat,minyak mahal.len kali kalo protest dalam stadium mmg tak mo pegi dah.Harapkan panas sampai ke ptg rupanya hujan di tgh hari.Mmmg ramai yg tak puas hati semalam terutama yg dtg dari jauh.Semua mahukan FRU.Nak main kejar2 dengan FRU.
Thursday, May 22, 2008
Biarkan depa bergaduh
Thursday, May 15, 2008
Selamat Hari Guru
- Tanggal 16 Mei menjenguk kembali. Mengingatkan kita kepada bait2 puisi yg dinukilkan oleh penyair terkemuka Usman Awang. Untuk menggambarkan betapa mulia dan besarnya jasa seorang insan yg begelar guru. Saat ini walau dimana pun kita berada selayaknya kita mengenang kembali jasa dan pengorbanan seorang guru mendidik dengan sepenuh hati anak bangsa agar menjadi seorang yg mulia di masa hadapan.
- Mmng tidak dpt dinafikan bahawa guru adalah yang paling hampir dengan diri seorang yg pernah bergelar pelajar selapas kedua ibu bapa. Seingat saya sewaktu dizaman sekolah dahulu guru2 lah yg menjadi teman setia dan pencetus semangat untuk mencapai kejayaan yg selayaknya sebagai seorang manusia. Masih teringat teguran Ust Epuziah, senyuman cikgu Ainah dan nasihat cikgu Fuziah dan ramai lagi.
- Ceramah panjang ayahanda pengetua satu ketika dahulu dianggap membosankan kini menjadi kerinduan disanubariJusteru disaat dan ketika yg masih ada ini, marilah kita sama2 mengingati dan menghargai segala jasa dan pengorbanan guru2. Mgkan tanpa mereka kita tidak berada ditahap yg kita berada dikala ini. Kepada yg pernah bergelar guruku jutaan terima kasih diucapkan diatas segala teguran nasihat dan tunjuk ajar selama ini. InsyaAllah selagi hayat dikandung badan,selagi masih mengirup udara milik tuhan jasamu selamanya akan dikenang. hanya Allah yg mampu membalas dengan ganjaran yg selayaknya. SELAMAT HARI GURU!!
Monday, May 5, 2008
Al-Ulama' wal Umara'

Tambah menarik di setiap ucapan atau ceramah beliau turut diselitkan dengan loghat2 Perak.Bangga sungguh bila waktu itu org sebelah bertanya apa maksud perkataan tertentu yg diungkapkan oleh beliau.
Seronok sungguh yob.maklumla inilah kali pertama dengar ceramah dalam lohgat Perak.Selalunya kalo bab2 ceramah ni tak loghat kelantan loghat utara.Tu je yg biasa didengo.Kali ni abeh sume perkataan yg tak peronah dengo sume keluo.Seb baik la teman org Perak pior.paham la jugak.
MB baru ni mmg idola baru teman.maklum la background samaMechanical.dahla Ir plak tu.Bukan setakat hebat dalam ilmu engineering malahan boleh pule mengajar agama dan membaca khutbah.Inilah yang dikatakan Al-Ulama' wal Umara'.Kepada yg belum mendengor lagi ceramah beliau teman cadangkan cepat2 la cari kat youtube ke.kompem mike pueh hati..
Tuesday, April 15, 2008
Ibu:Kasihnya Membawa Ke Syurga
my respect and my honour to?
who should i pay good mind to?
after Allah and Rasulullah,
comes your mother,
who next?
your mother?
who next?
your mother,
Sebagai seorang anak adalah wajib bagi kita untuk menunjukan nilai kasih sayang dan kecintaan yang sangat tinggi terhadap kedua ibu-bapa terutamanya pada insan yang bergelar ibu. Penulis juga bersyukur kerana masih dikurniakan seorang ibu yang alhamdulillah masih sihat. Ibu penulis bukanlah dikalangan yanag terpelajar dan juga bukan datang dari keluarga yang memiliki pangkat dan harta. Namun hati ini percaya yakin dan sangat yakin atas didikan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagilah penulis berada di tahap ini. Bermula dari mengandung selama 9 bulan, melahirkan dengan kesakitan yang tidak mampu penulis bayangkan, mendidik dan menjaga dari tapak kaki sekecil dua jari sehinggalah mampu berdikari. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.
Saat ini penulis masih memikirkan betapa susahnya seorang ibu untuk membesarkan seorang anak. Disaat mengandung si ibu tidak pernah mengeluh diatas segala kesusahan memikul beban anak selama 9 bulan. Belum lagi ditambah dengan segala macam masalah seperti alahan dan sebagainya. Si Ibu cekal meneruskan tugas dan peranan sebagai seorang ibu dan isteri sehinggalah saat melahirkan anak.
Dikatakan saat melahirkan anak adalah saat pertarungan hidup dan mati. Bayangkan si ibu yang tidak tahu bagaimanakah anak yang akan dilahirkan sanggup merisikokan nyawanya.Adakah anak yang dilahirkan bakal menjadi anak soleh atau pon anak yang tholeh. Namun pernahkah kita berkorban nyawa untuk ibu kita?Ah sedangkan baru disuruh kekedai sudah banyak alasan dan bebelan kita.
Penulis amat tertarik dengan satu buku yang baru selesai penulis baca bertajuk 'for one more day'.Kisah sebenar seorang lelaki yang kurang menghargai ibunya sehinggalah ibunya pergi buat selama-lamanya. Setelah beberapa lama,lelaki ini mengalami tekanan perasaan akibat kegagalan dalam hidupnya dan mendorongnya untuk membunuh diri. Disaat berada dalam kedaan koma lelaki tersebut seolah-olah bertemu dengan ibunya semula yang telah mati 8 tahun yang lalu. Kesudahan cerita ini amat tragis dan menarik untuk dijadikan tauladan supaya menghargai seorang ibu 'while you still have one'
Memang benar manusia tidak pernah menghargai sesuatu sehinggalah kehilangan sesuatu itu. Jadi marilah sama-sama kita menghargai dan mengasihi insan yang bernama ibu selagi masih berkesempatan kerna kita tidak mungkin mempunyai peluang buat kali kedua. Ziarahla ibu anda selalu dan pastikan you never miss to call her.Curahkan kasih sayang dan kecintaan kepada insan yang amat istimewa ini.Pesanan untuk diri penulis dan juga pembaca sekaliannya.
Friday, April 11, 2008
Runtuhnya Islam kerana amalan dan akhlak penganutnya
Tetapi apabila kita menjenguk beberapa negara umat Islam khususnya di timur tengah, kita akan dapati seolah-olah kehidupan secara Islam telah lama mati angkara pemerintah yang kurang prihatin terhadap persoalan tersebut, atau dengan perkataan lain mereka tidak bersungguh-sungguh untuk melihat Islam itu memerintah negara.
Segala ideologi dan pemikiran Barat dijadikan rujukan utama negara, dan memperjuangkannya sampai ke peringkat akar umbi. Hal ini begitu ketara sehingga aspek pendidikan, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya tidak dipadankan dengan tuntutan agama Islam.
Umat Islam hari ini amat berbangga dengan menonjolkan identiti diri dengan kehidupan ala barat dalam segenap aktiviti hidup mereka.
Pengasingan cara hidup orang Islam daripada Islam adalah salah satu faktor lahirnya insan-insan yang sumbang gerak-lakunya , ini adalah kerana pengajaran Islam bukanlah menjadi faktor utama hidup mereka.
Setiap anak sejak dilahirkan, ibu bapanya mempertaruhkan nasibnya kepada Allah selaku Pencipta supaya anaknya selamat, ini dapat dilihat dari pelaksanaan syariat azan dan iqomat pada kedua-dua telinga anak, bertujuan supaya si anak itu mempunyai hubungan dengan Tuhannya.
Tidak cukup dengan itu, Islam mengajar kita supaya memahami konsep ibadat solat serta falsafah pelaksanaanya, bermula dengan surah al-Fatehah yang menjadi rukun dalam solat, ia mempunyai mesej tersendiri untuk melahirkan insan muslim yang hanya takut kepada Allah SWT.
Tetapi apabila dirujuk kepada kehidupan orang Islam hari ini, menggambarkan bahawa mereka bagaikan tiada hubungan dengan Islam pada sebahagian tuntutannya.
Apa yang pernah ditegah oleh nabi s.a.w 1429 tahun yang lalu muncul kembali, lelaki muslim berpakaian seperti wanita, sebaliknya wanita muslimah bagaikan lelaki dan banyak lagi, menggambarkan realiti umat Islam yang tidak boleh menjadi contoh kepada yang lain.
Fenomena ini berlanjutan dan memberi kesan negatif kepada semua pihak, samada peringkat golongan pemerintah, karyawan, pekerja, ibu-bapa, golongan pelajar dan sebagainya.
Jelas sekali kehidupan secara tidak Islam telah menguasai cara bertutur, berfikir, berkomunikasi, berpolitik, berkeluarga, berumah-tangga, berekonomi dan banyak lagi termasuklah bidang hiburan yang mendapat tempat dalam masyarakat.
Aspek hiburan yang sudah banyak lari konsepnya dari apa yang diketengahkan oleh Islam, ianya tidak ditegur oleh pihak berkuasa khususnya pada "dress code" para artis. Gambar-gambar mereka yang mendedahkan aurat memenuhi ruang akhbar, gambar kulit majalah, tv dan sebagainya tanpa segan silu, mereka dianggap idola oleh sesetengah pihak.
Kadang-kadang gelagat mereka memperlihatkan kecetekan ilmu agama yang tidak sepatutnya ditonjolkan buat tatapan umum. Ini dapat dilihat dalam persembahan para artis menerusi konsert yang sekali dipandang menyerupai artis-artis barat iaitu dari segi pakaian, watak dan sebagainya yang tidak melambangkan insan yang bertamadun.
Sekiranya hal ini berpanjangan, dikhuatiri masyarakat bukan Islam menilai bahawa Islam juga membenarkan umatnya berhibur secara keterlaluan, dan secara tidak langsung menyumbang kepada tidak minat mereka kepada Islam, kerana tidak ada perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.
Justeru pihak berkuasa mestilah memainkan peranan penting bagi memastikan agar anak-anak muda yang menceburi bidang hiburan ini diasah dengan kefahaman Islam yang betul, supaya matlamat hidup mereka menepati tujuan asal penciptaan mereka.
Sumber: Harakahdaily
Thursday, April 10, 2008
Ukhwah:Sejuk mata memandang
Monday, April 7, 2008
Selangor: Isu Khinzir
Kebanyakan akhbar-akhbar arus perdana ini seakan mengambil peluang menghentam keputusan yang dibuat oleh kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat seolah-olah ianya merupakan isu yang sangat sensitif. Pemimpin pembangkang di Selagor dengan cepat juga mengkritik keputusan yang diambil sebulat suara oleh kalangan EXCO Selangor ini.
Tidak dinafikan isu penternakan khinzir memang merupakan isu sensitif kepada umat Islam di Malaysia. Tetapi sebagai umat Islam kita juga perlu sedar bahawa ini adalah hak-hak bukan Islam yang mana sebagai pentadbir umat Islam perlu mengambil kira hal tersebut. Sebagai seorang yang boleh berfikir penulis merasakan sensitiviti umat Islam ini hanya dimanipulasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Keadaan ini menunjukan orang melayu Islam khususnya dan pemerintah sangat sensitif dengan isu babi ini padahal ianya baru di peringkat cadangan dan belum dilaksanakan lagi. Kemana pergi sensitiviti mereka terhadap penternakan haram di Melaka dan Negeri Sembilan yang terang-terang mengundang berbagai masalah kepada penduduk setempat. Walhal cadangan yang baru diutarakan oleh kerajaan Selangor ini merupakan penternakan moden yang berteknologi tinggi jika hendak dibandingkan dengan kandang-kandang kotor di Melaka dan NS dan juga ditempat-tempat lain.
Sepanjang pentadbiran kerajaan BN di Selangor juga seolah-olah melayu Islam tiada sensitiviti agama apabila wujudnya sebuah kilang pengeluar arak yang terbesar di Malaysia terletak di Shah Alam. kemana pergi sensitiviti kita sedangkan mudarat arak ini lebih besar dari Khinzir. Tidakkah kita sedar bahawa arak itu ibu segala maksiat. Dimana suara-suara yang begitu sensitif yang kedengaran di dada-dada akhbar?
Oleh yang demikian marilah kita berfikir secara rasional dan bersuara secara jujur dan ikhlas. Jangan biarkan diri kita dimanipulasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk merosakkan kita. Biarlah sensitiviti kita bertempat dan tidak 'double standard'. Sebagai anak muda kita harus berfikir secara matang.
Saturday, April 5, 2008
UMNO Tenat?

Thursday, April 3, 2008
Chelsea vs Israel laknatullah

Chelsea sememangnya mempunyai ramai peminat dari kalangan rakyat Malaysia. Dan atas dasar itulah mereka dijemput untuk hadir bermain di Malaysia. Sementelah cakap-cakap dari FAM kononnya kehadiran mereka bakal memberi peluang pasukan Malaysia menimba pengalaman dari kelab EPL tersebut. Namun kontroversi mengundang apabila terdapat dua warganegara Israel didalam pasukan tersebut. Berdasarkan undang-undang Malaysia rakyat Israel diharamkan daripada memijakkan kaki di bumi Malaysia. Atas segala kekejaman yang mereka lakukan keatas Palestin 'they deserve this'.Namun penulis berasa terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri."adalah amat malang apabila sukan dicampur adukan dengan politik". Penulis ingin bertanya apakah yang dimaksudkan oleh Datuk Najib dengan kenyataannya??
Pengharaman rakyat Israel untuk memasuki Malaysia bukan sekadar politik semata-semata. Najib harus sedar bahawasanya Malaysia dan dunia Islam tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Tidakkah golongan ini belajar dari kesilapan apabila kehadiran pasukan kriket Israel pada 1997 mengundang berbagai reaksi, kecaman dan bantahan dari rakyat Malaysia. Adalah amat malang seorang pemimpin kedua tertinggi Malaysia bersedia mengorbankan dasar dan undang-undang Malaysia semata-mata kerana ingin menonton satu perlawanan bola sepak.
Namun begitu pihak-pihak ini seakan-akan tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam di Malaysia berhubung isu ini. Lihat saja mereka yang kononnya menjadi pejuang kepada Melayu pembela tegar agama Islam masih sanggup mengibarkan bendera Yahudi laknatullah.(gambar dari tranungkite.com). Apakah rasional pengibaran bendera ini di pejabat UMNO??sedangkan umum maklum Malaysia tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel.Adakah mereka ingin menjadi pengkhianat bangsa dan agama?
Jika sebelum ini golongan-golongan ini lantang mengatakan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen yahudi. menyebarkan propaganda-propaganda dan tuduhan mereka disegenap ruang media. Ditambahkan lagi dengan suara-suara lantang khairi Jamaluddin yang kononnya pejuang bangsa. Tapi sekarang sebagai seorang rakyat yang berilmu dan berfikiran kritis kita patut menyedari si budak mentah inilah yang membawa masuk Yahudi ke negara kita. Atas kapasitinya sebagai orang kuat FAM dan menantu kesayangan orang no 1 Malaysia inilah sebenarnya ancaman kepada maruah dan kedaulatan negara.
Antara Desakan dan Kuasa
