
Desakan demi desakan supaya Perdana Menteri yang baru dilantik untuk penggal yang kedua supaya meletak jawatan bergema bukan sahaja dari kalangan parti pembangkang malahan menjadi isu yang bakal manyebabkan perpecahan dikalangan parti pemerintah. Suara-suara kecil dari kalangan UMNO sendiri terutama anak bekas Perdana Menteri yang mahukan supaya Abdullah mengambil tanggungjawab diatas kekalahan paling teruk Barisan Nasional dalam sejarah politik tanah air.Kehilangan majoriti 2/3 di parlimen menjadi mimpi buruk kepada Abdullah disamping mencipta rekod sebagai Perdana Menteri pertama dilantik dari negeri yang dikuasai pembangkang. Ramai mengatakan kelemahan pentadbiran Abdullah telah mula dikesan seawal penggal pertama pemerintahannya diburukan lagi dengan komen-komen pedas daripada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir. Namun dari senario yang dapat dilihat Abdullah seakan tidak mengambil pusing desakan-desakan yang kian menarik gelombang suara yang lebih besar baik dari kalangan rakyat, pembangkang mahupun dari dalam UMNO sendiri. Abdullah masih lagi dengan pendiriannya bahawa partinya mendapat mandat besar untuk mentadbir negara meskipon kegagalan Barisan Nasional di lima negeri menjadi bukti kukuh penolakan rakyat terhadap kepimpinan beliau. Mungkin bagi Abdullah kerusi empuk di Putrajaya masih belum puas dihenyak dan beliau rela menghadapi apa saja tindakan dari kalangan yang mahukan beliau turun tahkta. yang pastinya apa pon yang akan berlaku selepas ini pasti akan dinilai oleh rakyat sejauh mana Abdullah mengambil iktibar dari keputusan pilihan raya 12. Sejauh mana kepentingan memegang tampuk kuasa dilihat oleh Abdullah sebagai mengatasi desakan-desakan ini. Dengan penggal kedua pemerintahan beliau yang dilihat semakin menunjukan kepincangan dengan perletakan jawatan beberapa timbalan menteri yang dilihat banyak pihak sebagai protes kepada kegagalan kepimpinan yang jelas Abdullah pasti akan melakukan sesuatu untuk mengekalkan kuasa.
2 comments:
Banyakkan lagi post2 anda. Keep up the good work!Cheers~
-Jon-
permulaan yang mantap dari seorang yang baru berjinak dalam dunia bloggers.
Post a Comment