Saturday, April 5, 2008

UMNO Tenat?


Selepas mengharungi pilihanraya 12 dengan keputusan yang mengejutkan,UMNO yang bertindak sebagai tulang belakang BN kelihatan menghadapi saat-saat yang paling getir dalam sejarah penubuhan mereka selepas pengharaman UMNO satu ketika dahulu. UMNO kini diibaratkan dalam keadaan kritikal dalam usaha untuk meraih kembali populariti dan sokongan rakyat.Kenyataan demi kenyataan dari kalangan UMNO sendiri yang mengkritik kepimpinannya menambah lagi parah dan barah yang sedang melarat didalam UMNO.
Memetik kenyataan ketua UMNO bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa UMNO dalam keadaan darurat dan perlukan perubahan besar selepas keputusan PRU 12. 3 dasar yang digariskan oleh beliau meliputi:1)mengembalikan demokrasi didalam UMNO. 2) Visi dan misi hendaklah merentas sempadan dan bukan chauvinis. 3)Memperadabkan akhlak dan perangai pemimpin UMNO.
Kenyataan Tengku Razaleigh ini menunjukkan kepincangan didalam UMNO ,dasar dan cita-cita yang tidak memenuhi aspirasi nasional serta budaya dan tingkah laku yang tidak beradab dipamirkan kebanyakan pimpinan UMNO. Yang pastinya kenyataan tengku Razaleigh ini selari dengan dasar yang telah lama digerakkan oleh parti-parti politik lain seperti Pas For All,keAdilan untuk semua dan bermacam lagi gerakan yang bersifat nasional.
Keperitan UMNO ditambah lagi dengan kenyataan Setiausaha badan perhubungan UMNO Pahang yang meminta semua ahli MT UMNO meletak jawatan dan menggerak EGM seberapa segera. Ini merupakan satu keadaan yang amat luar biasa didalam UMNO dimana kenyataan-kenyataan terbuka sebegini semakin kerap dilaungkan.Adakah UMNO benar-benar dalam keadaan tenat sehingga suara-suara yang meminta perubahan didalam parti begitu lantang bergema?
Penulis sebagai pemerhati melihat situasi ini sesuatu yang perlu dilihat oleh ahli UMNO sebagai satu reformasi atau satu usaha pemulihan untuk mengembalikan kesihatan UMNO yang dilihat banyak pihak berada dalam keadaan tenat.Adakah UMNO akan kekal berada di ICU hanya masa yang menentukan.

No comments: