Penulis agak terkejut apabila membaca keratan akhbar hari ini dimana kerajaan Selangor telah meluluskan pembinaan ladang penternakan babi dengan anggaran kos sebanyak RM100 juta. Namun begitu penulis yang pada mulanya agak emosi mula membaca komen-komen yang ditulis didalam akhbar arus perdana yang melihatkan reaksi-reaksi yang senada dari kalangan rakyat jelata.Baik dari kalangan muslim atau non-muslim.(benar atau tidak perlu diselidiki).
Kebanyakan akhbar-akhbar arus perdana ini seakan mengambil peluang menghentam keputusan yang dibuat oleh kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat seolah-olah ianya merupakan isu yang sangat sensitif. Pemimpin pembangkang di Selagor dengan cepat juga mengkritik keputusan yang diambil sebulat suara oleh kalangan EXCO Selangor ini.
Tidak dinafikan isu penternakan khinzir memang merupakan isu sensitif kepada umat Islam di Malaysia. Tetapi sebagai umat Islam kita juga perlu sedar bahawa ini adalah hak-hak bukan Islam yang mana sebagai pentadbir umat Islam perlu mengambil kira hal tersebut. Sebagai seorang yang boleh berfikir penulis merasakan sensitiviti umat Islam ini hanya dimanipulasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Keadaan ini menunjukan orang melayu Islam khususnya dan pemerintah sangat sensitif dengan isu babi ini padahal ianya baru di peringkat cadangan dan belum dilaksanakan lagi. Kemana pergi sensitiviti mereka terhadap penternakan haram di Melaka dan Negeri Sembilan yang terang-terang mengundang berbagai masalah kepada penduduk setempat. Walhal cadangan yang baru diutarakan oleh kerajaan Selangor ini merupakan penternakan moden yang berteknologi tinggi jika hendak dibandingkan dengan kandang-kandang kotor di Melaka dan NS dan juga ditempat-tempat lain.
Sepanjang pentadbiran kerajaan BN di Selangor juga seolah-olah melayu Islam tiada sensitiviti agama apabila wujudnya sebuah kilang pengeluar arak yang terbesar di Malaysia terletak di Shah Alam. kemana pergi sensitiviti kita sedangkan mudarat arak ini lebih besar dari Khinzir. Tidakkah kita sedar bahawa arak itu ibu segala maksiat. Dimana suara-suara yang begitu sensitif yang kedengaran di dada-dada akhbar?
Oleh yang demikian marilah kita berfikir secara rasional dan bersuara secara jujur dan ikhlas. Jangan biarkan diri kita dimanipulasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk merosakkan kita. Biarlah sensitiviti kita bertempat dan tidak 'double standard'. Sebagai anak muda kita harus berfikir secara matang.

1 comment:
To apez,
Aku rase isu ni org x kesah sgt. Ye la no one is denying the right of non-muslim to consume pork. It's fine with everyone.
It's just that org marah sbb kawasan ternakan tu dlm kawasan kampung majoriti melayu muslim. Ketua kampung kt situ dh nak letak jawatan sbb takut malu disangka sokong projek kandang babi.
I'm sure org melayu muslim kt situ pelik. Kenape diorg yg kene tanggung smer kekotoran dan sengsara kesan ternakan babi tu sedangkan diorg x mkn pun babi.
Penduduk2 yg makan babi senang2 je hidup bersih dan sihat jauh dr ladang babi tu.
Bantahan yg berterusan dari dulu menyebabkan projek ladang moden babi nih was put back in review and it became pending issue for quite some time until recently, when this one exco Selangor (smeorg tau sape) trus approve tanpa ambil kira pandangan setempat.
Lagi satu sbb org marah sbb dulu PAS sendiri yg kondem projek nih. Siap tulis dlm manifesto utk Selangor lg nk review projek Babi nih. Tp skang...
Maybe sbb tu org marah. Aku rase ape yg penduduk kt situ propose adalah rasional. Alihkan ke kwsn penduduk yg majoriti makan babi. I'm sure the case will be closed klw kerajaan Selangor relocate the project.
That's my opinion. You cn have yours...
Post a Comment