Thursday, May 22, 2008

Biarkan depa bergaduh

baca utusan harini betul2 rasa nak gelak.apa lagi pasal pak lah ngan che det berpencak la.Sorang kata ini sorang kata itu.elokla la tu ha tikam tikam.pastu dtg la pulak sorang veteran UMNO ni.Wat statemen suh Tuanku Mizan jadi org tgh mendamaikan dua makhluk ni.Pehal plak nak suh sultan Mizan? biar pi mampusla UMNO nak bergocak ke nak berperang sesama sdr ke.tukan dah mmg budaya deorang.sedap2 plak nak suruh Agong campur tgn plak.Masalah UMNO bukan nya masalah negara.UMNO takde lagi bagus.Negara aman dan makmur.Satu lagi yg nak wat aku gelak ni pasal ex graduan UiTM yg wat laporan polis pasal kerajaan PR Selangor tak tunai manifesto.Namanya graduan tapi bodoh.padan la menganggur.wat malu UiTM je.Sibuk pasal manifesto org.Manifesto BN dah tunai ke belom?Negara dah aman ke belom?Selamat ke?Hari2 kes bunuh kuar berita tu hape?Mana manifesto BN yg aman ,selamat dan makmur tu?asal tak buat laporan polis?Bodoh..belajar tggi2 tapi letak otak kat lutut.Engko tu silap2 pangkah BN.pastu bising pasal manifesto org plak.Malaysia2..ada org camni selagi tu la Malaysia x maju.

Thursday, May 15, 2008

Selamat Hari Guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
  • Tanggal 16 Mei menjenguk kembali. Mengingatkan kita kepada bait2 puisi yg dinukilkan oleh penyair terkemuka Usman Awang. Untuk menggambarkan betapa mulia dan besarnya jasa seorang insan yg begelar guru. Saat ini walau dimana pun kita berada selayaknya kita mengenang kembali jasa dan pengorbanan seorang guru mendidik dengan sepenuh hati anak bangsa agar menjadi seorang yg mulia di masa hadapan.
  • Mmng tidak dpt dinafikan bahawa guru adalah yang paling hampir dengan diri seorang yg pernah bergelar pelajar selapas kedua ibu bapa. Seingat saya sewaktu dizaman sekolah dahulu guru2 lah yg menjadi teman setia dan pencetus semangat untuk mencapai kejayaan yg selayaknya sebagai seorang manusia. Masih teringat teguran Ust Epuziah, senyuman cikgu Ainah dan nasihat cikgu Fuziah dan ramai lagi.
  • Ceramah panjang ayahanda pengetua satu ketika dahulu dianggap membosankan kini menjadi kerinduan disanubariJusteru disaat dan ketika yg masih ada ini, marilah kita sama2 mengingati dan menghargai segala jasa dan pengorbanan guru2. Mgkan tanpa mereka kita tidak berada ditahap yg kita berada dikala ini. Kepada yg pernah bergelar guruku jutaan terima kasih diucapkan diatas segala teguran nasihat dan tunjuk ajar selama ini. InsyaAllah selagi hayat dikandung badan,selagi masih mengirup udara milik tuhan jasamu selamanya akan dikenang. hanya Allah yg mampu membalas dengan ganjaran yg selayaknya. SELAMAT HARI GURU!!

Monday, May 5, 2008

Al-Ulama' wal Umara'


MB Perak yg baru ni mmg mempunya i auranya yg tersendiri terutama dikala beliau memberi ucapan dan ceramah.Dengan kepetahannya berbahasa mandarin,kantonis,hokkien, tamil, melayu dan juga Inggeris tokoh baru ini mmg seorang yg luar biasa.

Tambah menarik di setiap ucapan atau ceramah beliau turut diselitkan dengan loghat2 Perak.Bangga sungguh bila waktu itu org sebelah bertanya apa maksud perkataan tertentu yg diungkapkan oleh beliau.

Seronok sungguh yob.maklumla inilah kali pertama dengar ceramah dalam lohgat Perak.Selalunya kalo bab2 ceramah ni tak loghat kelantan loghat utara.Tu je yg biasa didengo.Kali ni abeh sume perkataan yg tak peronah dengo sume keluo.Seb baik la teman org Perak pior.paham la jugak.

MB baru ni mmg idola baru teman.maklum la background samaMechanical.dahla Ir plak tu.Bukan setakat hebat dalam ilmu engineering malahan boleh pule mengajar agama dan membaca khutbah.Inilah yang dikatakan Al-Ulama' wal Umara'.Kepada yg belum mendengor lagi ceramah beliau teman cadangkan cepat2 la cari kat youtube ke.kompem mike pueh hati..