Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
- Tanggal 16 Mei menjenguk kembali. Mengingatkan kita kepada bait2 puisi yg dinukilkan oleh penyair terkemuka Usman Awang. Untuk menggambarkan betapa mulia dan besarnya jasa seorang insan yg begelar guru. Saat ini walau dimana pun kita berada selayaknya kita mengenang kembali jasa dan pengorbanan seorang guru mendidik dengan sepenuh hati anak bangsa agar menjadi seorang yg mulia di masa hadapan.
- Mmng tidak dpt dinafikan bahawa guru adalah yang paling hampir dengan diri seorang yg pernah bergelar pelajar selapas kedua ibu bapa. Seingat saya sewaktu dizaman sekolah dahulu guru2 lah yg menjadi teman setia dan pencetus semangat untuk mencapai kejayaan yg selayaknya sebagai seorang manusia. Masih teringat teguran Ust Epuziah, senyuman cikgu Ainah dan nasihat cikgu Fuziah dan ramai lagi.
- Ceramah panjang ayahanda pengetua satu ketika dahulu dianggap membosankan kini menjadi kerinduan disanubariJusteru disaat dan ketika yg masih ada ini, marilah kita sama2 mengingati dan menghargai segala jasa dan pengorbanan guru2. Mgkan tanpa mereka kita tidak berada ditahap yg kita berada dikala ini. Kepada yg pernah bergelar guruku jutaan terima kasih diucapkan diatas segala teguran nasihat dan tunjuk ajar selama ini. InsyaAllah selagi hayat dikandung badan,selagi masih mengirup udara milik tuhan jasamu selamanya akan dikenang. hanya Allah yg mampu membalas dengan ganjaran yg selayaknya. SELAMAT HARI GURU!!
No comments:
Post a Comment