Tuesday, April 15, 2008

Ibu:Kasihnya Membawa Ke Syurga

Malam ini buat kesekian kalinya penulis tidak dapat melelapkan mata. Mungkin kesan white coffee yang penulis nikmati kala berbual dengan kawan lama. Sudah lama hendak menulis berkenaan tajuk ini namun ruang masa yang sempit lebih-lebih lagi dengan himpitan assignment dan project penulis tidak berkesempatan hinggalah saat ini. Penulis teringat kepada satu lagu yang sangat mengusik jiwa dan perasaan.Penulis pasti lagu ini 'familiar 'di kalangan kita.Bait-bait lagunya seperti ini.

Who should i pay my love to?
my respect and my honour to?
who should i pay good mind to?
after Allah and Rasulullah,
comes your mother,
who next?
your mother?
who next?
your mother,
and then your father.

Itulah antara bait-bait indah lagu yang disusun cantik berdasarkan hadith Rasulullah tentang keutamaan seorang ibu. Ibu, mak, mama, amma,mother,mummy atau pon apa sahaja ungkapan yang seerti dengannya merupakan satu kalimah keramat yang mendapat darjah dan pengiktirafan yang sangat tinggi. Sehingga Rasulullah menyatakan 'syurga itu di bawah tapak kaki ibu'. Juga terdapat satu lagi hadith yang mafhumnya seperti berikut.'redha Allah terletak dibawah keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan kedua ibu bapa'

Sebagai seorang anak adalah wajib bagi kita untuk menunjukan nilai kasih sayang dan kecintaan yang sangat tinggi terhadap kedua ibu-bapa terutamanya pada insan yang bergelar ibu. Penulis juga bersyukur kerana masih dikurniakan seorang ibu yang alhamdulillah masih sihat. Ibu penulis bukanlah dikalangan yanag terpelajar dan juga bukan datang dari keluarga yang memiliki pangkat dan harta. Namun hati ini percaya yakin dan sangat yakin atas didikan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagilah penulis berada di tahap ini. Bermula dari mengandung selama 9 bulan, melahirkan dengan kesakitan yang tidak mampu penulis bayangkan, mendidik dan menjaga dari tapak kaki sekecil dua jari sehinggalah mampu berdikari. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.

Saat ini penulis masih memikirkan betapa susahnya seorang ibu untuk membesarkan seorang anak. Disaat mengandung si ibu tidak pernah mengeluh diatas segala kesusahan memikul beban anak selama 9 bulan. Belum lagi ditambah dengan segala macam masalah seperti alahan dan sebagainya. Si Ibu cekal meneruskan tugas dan peranan sebagai seorang ibu dan isteri sehinggalah saat melahirkan anak.

Dikatakan saat melahirkan anak adalah saat pertarungan hidup dan mati. Bayangkan si ibu yang tidak tahu bagaimanakah anak yang akan dilahirkan sanggup merisikokan nyawanya.Adakah anak yang dilahirkan bakal menjadi anak soleh atau pon anak yang tholeh. Namun pernahkah kita berkorban nyawa untuk ibu kita?Ah sedangkan baru disuruh kekedai sudah banyak alasan dan bebelan kita.

Penulis amat tertarik dengan satu buku yang baru selesai penulis baca bertajuk 'for one more day'.Kisah sebenar seorang lelaki yang kurang menghargai ibunya sehinggalah ibunya pergi buat selama-lamanya. Setelah beberapa lama,lelaki ini mengalami tekanan perasaan akibat kegagalan dalam hidupnya dan mendorongnya untuk membunuh diri. Disaat berada dalam kedaan koma lelaki tersebut seolah-olah bertemu dengan ibunya semula yang telah mati 8 tahun yang lalu. Kesudahan cerita ini amat tragis dan menarik untuk dijadikan tauladan supaya menghargai seorang ibu 'while you still have one'

Memang benar manusia tidak pernah menghargai sesuatu sehinggalah kehilangan sesuatu itu. Jadi marilah sama-sama kita menghargai dan mengasihi insan yang bernama ibu selagi masih berkesempatan kerna kita tidak mungkin mempunyai peluang buat kali kedua. Ziarahla ibu anda selalu dan pastikan you never miss to call her.Curahkan kasih sayang dan kecintaan kepada insan yang amat istimewa ini.Pesanan untuk diri penulis dan juga pembaca sekaliannya.

Friday, April 11, 2008

Runtuhnya Islam kerana amalan dan akhlak penganutnya

Kalau dibanding antara Islam yang ada di bumi umat Islam dan Islam yang berada di bumi orang bukan Islam majoritinya seperti di sebahagian negara Eropah, kita akan dapat lihat seolah-olah Islam memang wujud dalam segenap aspek kehidupan seperti kebersihan persekitaran, tandas awam, peraturan jalan raya yang dipatuhi undang-undang dan sebagainya, di mana yang mengamalkannya adalah mereka yang bukan beragama Islam.

Tetapi apabila kita menjenguk beberapa negara umat Islam khususnya di timur tengah, kita akan dapati seolah-olah kehidupan secara Islam telah lama mati angkara pemerintah yang kurang prihatin terhadap persoalan tersebut, atau dengan perkataan lain mereka tidak bersungguh-sungguh untuk melihat Islam itu memerintah negara.

Segala ideologi dan pemikiran Barat dijadikan rujukan utama negara, dan memperjuangkannya sampai ke peringkat akar umbi. Hal ini begitu ketara sehingga aspek pendidikan, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya tidak dipadankan dengan tuntutan agama Islam.

Umat Islam hari ini amat berbangga dengan menonjolkan identiti diri dengan kehidupan ala barat dalam segenap aktiviti hidup mereka.

Pengasingan cara hidup orang Islam daripada Islam adalah salah satu faktor lahirnya insan-insan yang sumbang gerak-lakunya , ini adalah kerana pengajaran Islam bukanlah menjadi faktor utama hidup mereka.

Setiap anak sejak dilahirkan, ibu bapanya mempertaruhkan nasibnya kepada Allah selaku Pencipta supaya anaknya selamat, ini dapat dilihat dari pelaksanaan syariat azan dan iqomat pada kedua-dua telinga anak, bertujuan supaya si anak itu mempunyai hubungan dengan Tuhannya.

Tidak cukup dengan itu, Islam mengajar kita supaya memahami konsep ibadat solat serta falsafah pelaksanaanya, bermula dengan surah al-Fatehah yang menjadi rukun dalam solat, ia mempunyai mesej tersendiri untuk melahirkan insan muslim yang hanya takut kepada Allah SWT.

Tetapi apabila dirujuk kepada kehidupan orang Islam hari ini, menggambarkan bahawa mereka bagaikan tiada hubungan dengan Islam pada sebahagian tuntutannya.

Apa yang pernah ditegah oleh nabi s.a.w 1429 tahun yang lalu muncul kembali, lelaki muslim berpakaian seperti wanita, sebaliknya wanita muslimah bagaikan lelaki dan banyak lagi, menggambarkan realiti umat Islam yang tidak boleh menjadi contoh kepada yang lain.

Fenomena ini berlanjutan dan memberi kesan negatif kepada semua pihak, samada peringkat golongan pemerintah, karyawan, pekerja, ibu-bapa, golongan pelajar dan sebagainya.

Jelas sekali kehidupan secara tidak Islam telah menguasai cara bertutur, berfikir, berkomunikasi, berpolitik, berkeluarga, berumah-tangga, berekonomi dan banyak lagi termasuklah bidang hiburan yang mendapat tempat dalam masyarakat.

Aspek hiburan yang sudah banyak lari konsepnya dari apa yang diketengahkan oleh Islam, ianya tidak ditegur oleh pihak berkuasa khususnya pada "dress code" para artis. Gambar-gambar mereka yang mendedahkan aurat memenuhi ruang akhbar, gambar kulit majalah, tv dan sebagainya tanpa segan silu, mereka dianggap idola oleh sesetengah pihak.

Kadang-kadang gelagat mereka memperlihatkan kecetekan ilmu agama yang tidak sepatutnya ditonjolkan buat tatapan umum. Ini dapat dilihat dalam persembahan para artis menerusi konsert yang sekali dipandang menyerupai artis-artis barat iaitu dari segi pakaian, watak dan sebagainya yang tidak melambangkan insan yang bertamadun.

Sekiranya hal ini berpanjangan, dikhuatiri masyarakat bukan Islam menilai bahawa Islam juga membenarkan umatnya berhibur secara keterlaluan, dan secara tidak langsung menyumbang kepada tidak minat mereka kepada Islam, kerana tidak ada perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.

Justeru pihak berkuasa mestilah memainkan peranan penting bagi memastikan agar anak-anak muda yang menceburi bidang hiburan ini diasah dengan kefahaman Islam yang betul, supaya matlamat hidup mereka menepati tujuan asal penciptaan mereka.

Apabila Islam dijadikan sandaran hidup setiap muslim dengan segala kesungguhan, pasti bumi yang dipijak ini akan menaungi manusia dengan hukuman yang seadil-adilnya.

Sumber: Harakahdaily

Thursday, April 10, 2008

Ukhwah:Sejuk mata memandang









Di atas ini merupakan sedikit gambar TG Hadi semasa menerima lawatan pimpinan dan juga rakyat di Hospital Sultanah Zahirah.

Monday, April 7, 2008

Selangor: Isu Khinzir

Penulis agak terkejut apabila membaca keratan akhbar hari ini dimana kerajaan Selangor telah meluluskan pembinaan ladang penternakan babi dengan anggaran kos sebanyak RM100 juta. Namun begitu penulis yang pada mulanya agak emosi mula membaca komen-komen yang ditulis didalam akhbar arus perdana yang melihatkan reaksi-reaksi yang senada dari kalangan rakyat jelata.Baik dari kalangan muslim atau non-muslim.(benar atau tidak perlu diselidiki).

Kebanyakan akhbar-akhbar arus perdana ini seakan mengambil peluang menghentam keputusan yang dibuat oleh kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat seolah-olah ianya merupakan isu yang sangat sensitif. Pemimpin pembangkang di Selagor dengan cepat juga mengkritik keputusan yang diambil sebulat suara oleh kalangan EXCO Selangor ini.

Tidak dinafikan isu penternakan khinzir memang merupakan isu sensitif kepada umat Islam di Malaysia. Tetapi sebagai umat Islam kita juga perlu sedar bahawa ini adalah hak-hak bukan Islam yang mana sebagai pentadbir umat Islam perlu mengambil kira hal tersebut. Sebagai seorang yang boleh berfikir penulis merasakan sensitiviti umat Islam ini hanya dimanipulasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Keadaan ini menunjukan orang melayu Islam khususnya dan pemerintah sangat sensitif dengan isu babi ini padahal ianya baru di peringkat cadangan dan belum dilaksanakan lagi. Kemana pergi sensitiviti mereka terhadap penternakan haram di Melaka dan Negeri Sembilan yang terang-terang mengundang berbagai masalah kepada penduduk setempat. Walhal cadangan yang baru diutarakan oleh kerajaan Selangor ini merupakan penternakan moden yang berteknologi tinggi jika hendak dibandingkan dengan kandang-kandang kotor di Melaka dan NS dan juga ditempat-tempat lain.

Sepanjang pentadbiran kerajaan BN di Selangor juga seolah-olah melayu Islam tiada sensitiviti agama apabila wujudnya sebuah kilang pengeluar arak yang terbesar di Malaysia terletak di Shah Alam. kemana pergi sensitiviti kita sedangkan mudarat arak ini lebih besar dari Khinzir. Tidakkah kita sedar bahawa arak itu ibu segala maksiat. Dimana suara-suara yang begitu sensitif yang kedengaran di dada-dada akhbar?

Oleh yang demikian marilah kita berfikir secara rasional dan bersuara secara jujur dan ikhlas. Jangan biarkan diri kita dimanipulasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk merosakkan kita. Biarlah sensitiviti kita bertempat dan tidak 'double standard'. Sebagai anak muda kita harus berfikir secara matang.

Saturday, April 5, 2008

UMNO Tenat?


Selepas mengharungi pilihanraya 12 dengan keputusan yang mengejutkan,UMNO yang bertindak sebagai tulang belakang BN kelihatan menghadapi saat-saat yang paling getir dalam sejarah penubuhan mereka selepas pengharaman UMNO satu ketika dahulu. UMNO kini diibaratkan dalam keadaan kritikal dalam usaha untuk meraih kembali populariti dan sokongan rakyat.Kenyataan demi kenyataan dari kalangan UMNO sendiri yang mengkritik kepimpinannya menambah lagi parah dan barah yang sedang melarat didalam UMNO.
Memetik kenyataan ketua UMNO bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa UMNO dalam keadaan darurat dan perlukan perubahan besar selepas keputusan PRU 12. 3 dasar yang digariskan oleh beliau meliputi:1)mengembalikan demokrasi didalam UMNO. 2) Visi dan misi hendaklah merentas sempadan dan bukan chauvinis. 3)Memperadabkan akhlak dan perangai pemimpin UMNO.
Kenyataan Tengku Razaleigh ini menunjukkan kepincangan didalam UMNO ,dasar dan cita-cita yang tidak memenuhi aspirasi nasional serta budaya dan tingkah laku yang tidak beradab dipamirkan kebanyakan pimpinan UMNO. Yang pastinya kenyataan tengku Razaleigh ini selari dengan dasar yang telah lama digerakkan oleh parti-parti politik lain seperti Pas For All,keAdilan untuk semua dan bermacam lagi gerakan yang bersifat nasional.
Keperitan UMNO ditambah lagi dengan kenyataan Setiausaha badan perhubungan UMNO Pahang yang meminta semua ahli MT UMNO meletak jawatan dan menggerak EGM seberapa segera. Ini merupakan satu keadaan yang amat luar biasa didalam UMNO dimana kenyataan-kenyataan terbuka sebegini semakin kerap dilaungkan.Adakah UMNO benar-benar dalam keadaan tenat sehingga suara-suara yang meminta perubahan didalam parti begitu lantang bergema?
Penulis sebagai pemerhati melihat situasi ini sesuatu yang perlu dilihat oleh ahli UMNO sebagai satu reformasi atau satu usaha pemulihan untuk mengembalikan kesihatan UMNO yang dilihat banyak pihak berada dalam keadaan tenat.Adakah UMNO akan kekal berada di ICU hanya masa yang menentukan.

Thursday, April 3, 2008

Chelsea vs Israel laknatullah


Chelsea sememangnya mempunyai ramai peminat dari kalangan rakyat Malaysia. Dan atas dasar itulah mereka dijemput untuk hadir bermain di Malaysia. Sementelah cakap-cakap dari FAM kononnya kehadiran mereka bakal memberi peluang pasukan Malaysia menimba pengalaman dari kelab EPL tersebut. Namun kontroversi mengundang apabila terdapat dua warganegara Israel didalam pasukan tersebut. Berdasarkan undang-undang Malaysia rakyat Israel diharamkan daripada memijakkan kaki di bumi Malaysia. Atas segala kekejaman yang mereka lakukan keatas Palestin 'they deserve this'.Namun penulis berasa terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri."adalah amat malang apabila sukan dicampur adukan dengan politik". Penulis ingin bertanya apakah yang dimaksudkan oleh Datuk Najib dengan kenyataannya??

Pengharaman rakyat Israel untuk memasuki Malaysia bukan sekadar politik semata-semata. Najib harus sedar bahawasanya Malaysia dan dunia Islam tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Tidakkah golongan ini belajar dari kesilapan apabila kehadiran pasukan kriket Israel pada 1997 mengundang berbagai reaksi, kecaman dan bantahan dari rakyat Malaysia. Adalah amat malang seorang pemimpin kedua tertinggi Malaysia bersedia mengorbankan dasar dan undang-undang Malaysia semata-mata kerana ingin menonton satu perlawanan bola sepak.

Namun begitu pihak-pihak ini seakan-akan tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam di Malaysia berhubung isu ini. Lihat saja mereka yang kononnya menjadi pejuang kepada Melayu pembela tegar agama Islam masih sanggup mengibarkan bendera Yahudi laknatullah.(gambar dari tranungkite.com). Apakah rasional pengibaran bendera ini di pejabat UMNO??sedangkan umum maklum Malaysia tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel.Adakah mereka ingin menjadi pengkhianat bangsa dan agama?

Jika sebelum ini golongan-golongan ini lantang mengatakan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen yahudi. menyebarkan propaganda-propaganda dan tuduhan mereka disegenap ruang media. Ditambahkan lagi dengan suara-suara lantang khairi Jamaluddin yang kononnya pejuang bangsa. Tapi sekarang sebagai seorang rakyat yang berilmu dan berfikiran kritis kita patut menyedari si budak mentah inilah yang membawa masuk Yahudi ke negara kita. Atas kapasitinya sebagai orang kuat FAM dan menantu kesayangan orang no 1 Malaysia inilah sebenarnya ancaman kepada maruah dan kedaulatan negara.

Antara Desakan dan Kuasa

Desakan demi desakan supaya Perdana Menteri yang baru dilantik untuk penggal yang kedua supaya meletak jawatan bergema bukan sahaja dari kalangan parti pembangkang malahan menjadi isu yang bakal manyebabkan perpecahan dikalangan parti pemerintah. Suara-suara kecil dari kalangan UMNO sendiri terutama anak bekas Perdana Menteri yang mahukan supaya Abdullah mengambil tanggungjawab diatas kekalahan paling teruk Barisan Nasional dalam sejarah politik tanah air.Kehilangan majoriti 2/3 di parlimen menjadi mimpi buruk kepada Abdullah disamping mencipta rekod sebagai Perdana Menteri pertama dilantik dari negeri yang dikuasai pembangkang. Ramai mengatakan kelemahan pentadbiran Abdullah telah mula dikesan seawal penggal pertama pemerintahannya diburukan lagi dengan komen-komen pedas daripada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir. Namun dari senario yang dapat dilihat Abdullah seakan tidak mengambil pusing desakan-desakan yang kian menarik gelombang suara yang lebih besar baik dari kalangan rakyat, pembangkang mahupun dari dalam UMNO sendiri. Abdullah masih lagi dengan pendiriannya bahawa partinya mendapat mandat besar untuk mentadbir negara meskipon kegagalan Barisan Nasional di lima negeri menjadi bukti kukuh penolakan rakyat terhadap kepimpinan beliau. Mungkin bagi Abdullah kerusi empuk di Putrajaya masih belum puas dihenyak dan beliau rela menghadapi apa saja tindakan dari kalangan yang mahukan beliau turun tahkta. yang pastinya apa pon yang akan berlaku selepas ini pasti akan dinilai oleh rakyat sejauh mana Abdullah mengambil iktibar dari keputusan pilihan raya 12. Sejauh mana kepentingan memegang tampuk kuasa dilihat oleh Abdullah sebagai mengatasi desakan-desakan ini. Dengan penggal kedua pemerintahan beliau yang dilihat semakin menunjukan kepincangan dengan perletakan jawatan beberapa timbalan menteri yang dilihat banyak pihak sebagai protes kepada kegagalan kepimpinan yang jelas Abdullah pasti akan melakukan sesuatu untuk mengekalkan kuasa.