Monday, February 9, 2009

Rompakan Terbesar di Perak

Ketika artikel ini ditulis kemelut politik di Perak masih tiada kesudahannya.Puncanya angkara sikap tamak dan moral rendah pemimpin yang dipilih sebagai wakil rakyat.Tidak mengejutkan jika adun Jelapang Hee Yit Fong bertindak keluar parti dan menyokong BN namun apabila dua org adun yang mengaku beragama Islam melompat pastinya perkara ini menjelaskan sikap dan mencerminkan keimanan mereka.tambahan pula desas desus mengatakan mereka ini dibeli oleh pak najib dengan nilai jutaan ringgit.dikatakan makan tujuh keturunan pon takan habis.
Bagi penulis sebagai rakyat negeri Perak ini merupakan rompakan terbesar yg dilakukan pemimpin gila kuasa terhadap harta rakyat Perak.iaitu kepimpinan yang medapat mandat rakyat Perak.UMNO harus sedar bahawasanya mereka sudah ditolak.tempat mereka hanyalah sesuai di muzium2 sahaja.Walaupun media arus perdana menyiarkan berbagai fitnah terhadap PR namun method tersebut sudah ketinggalan zaman.Malah Rakyat yg celik politik semakin menyampah dan meluat terhadap BN dan konco2nya seperti tv3 suku dan yg seangkatan dengannya.
Penulis bersetuju dengan pandangan Che Det dalanm blognya yg mana beliau mengatakan UMNO melakukan kesilapan besar dengan membeli sokongan katak2 cgkt Jering dan behrang tersebut.hujahnya:
1.keduaanya2 terlibat dengan kes rasuah seks.Ini menunjukkan UMNO mmg suke kpd Golongan ini.
2.Sekiranya sabit kes pilihan raya kecil tetap akan diadakan.berdasarkan keadaan semasa UMNO hampir pasti akan kalah lagi.Lalu PR kembali memerintah.
3.Jika tidak sabit kes persepsi rakyat akan mentakan ini semua adalah pengaruh UMNO terhadap sistem kehakiman.
Namun apa yang penulis lihat ada hikmah disebalik apa yg berlaku.Pertamanya umum mengetahui bahawa kedua2 adun katak tersebut bermasalah dan punya moral yg rendah.mereka juga ibarat api dalam sekam terhadap PR.Langkah mereka keluar dari PR telah membersihkan PR dari anasir2 buruk tersebut.lalu PR kini makin teguh..Pilihan raya seterusnya nanti pasti PR merampas kembali Perak.Kali ini dengan adun2 yg lebih kuat iman dan tggi moralnya.
Siakap senohong,gelama ikan duri, Umno selalu ckp Bohong,La ni jadi pencuri.
UMNO jgn terlalu gembira kerana rakyat perak tidak akan membiarkan hak mereka dirompak.Awas.....!!

1 comment:

Nurul Huda said...

bile nak update blog? tak muda la camni..